Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday 13 March 2016

MENGAPAKAH MANUSIA BERAGAMA ?



                                     


   Kebanyakkan pengkaji sejarah agama sependapat bahawa agama ialah keperluan asasi setiap manusia. Oleh sebab itu, tiada sesebuah masyarakat pun di dunia ini tiada yang tidak mempunyai agama. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia sama ada manuisa moden ataupun primitif.
 
             Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak mereka lahir             lagi. Bukti penemuan arkeologi menunujukkan kehidupan manusia terawal sudah         dipengaruhi oleh agama. Selain naluri semulajadi, manusia mengamalkan agama           kerana warisan kebudayaan, faktor keselamatan, kesejahteraan, mengukuhkan           ikatan persaudaraan dan mencari jawapan pada persoalan yang sukar dijawab.  


Antara sebab beragama :   

   
  •  Warisan kebudayaan merupakan faktor utama menentukan agama seseorang manusia. Selalunya individu akan menganut agama yang dianuti oleh keluarga, suku kaum atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya. Misalnya, rata-rata etnik Melayu menganut agama Islam kerana keluarga dan nenek moyang mereka beragama Islam.   
  • Faktor keselamatan juga memainkan peranannya kerana apabila memeluk sesuatu agama seseorang berasa selamat dan percaya bahawa kuasa agung yang dipercayainya akan menjaga keselamatannya. Kuasa agung juga menjadi tempat mengadu hal serta mendapatkan pertolongan dan perlindungan. Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting kerana kebanyakan agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada penganut yang patuh kepada ajaran agama masing-masing. 
  •  Faktor lain adalah kerana agama merupakan jawapan terhadap persoalan kehidupan yang sukar dijawab. Persoalan mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikirannya, semuanya dijawab oleh agama. Tegasnya, agama akan memberi jawapan kepada pertanyaan yang sukar dijawab oleh akal.
  • Akhirnya, agama diminati kerana agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan. Mengikut Durkheim (1915) kepercayaan dan amalan yang sama dalam sesuatu agama akan menyatukan semua anggota yang menganutinya dalam satu komuniti bermoral. 

0 comments:

Post a Comment