Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday 13 March 2016

PERGOLONGAN AGAMA.

Terdapat dua pendapat yang berbeza dalam membuat penggolongan agama oleh ahli akademik. Satu golongan menganggap agama sebagai satu daripada unsur kebudayaan sesuatu masyarakat. Sementara golongan kedua pula berpendapat bahawa agama terbahagi kepada dua, iaitu agama ciptaan manusia dan agama ciptaan Tuhan. Terjadinya percanggahan pandangan dalam kalangan ilmuwan dalam melihat agama terutama agama wahyu adalah kerana persepsi mereka tentang agama yang disamakan dengan institusi lain seperti institusi sosial, 
ekonomi dan politik



Ringkasan mengenai Agama Samawi.

1. Agama Samawi. 
Agama ciptaan Tuhan atau agama samawi ialah agama yang bersumberkan wahyu Tuhan. Agama ini diturunkan oleh Allah SWT untuk memenuhi keinginan dan kecintaan jiwa manusia yang semula jadi kepada Tuhan. Agama ini diturunkan menerusi tokoh manusia pilihan Tuhan yang berjiwa suci dan luhur yang digelar rasul-rasul Allah. Agama dengan pengertian ini tidak boleh dianggap sebagai unsur kebudayaan manusia kerana agama ini bukan hasil pemikiran dan pengalaman manusia. Agama yang berbentuk pengajaran bersifat ketuhanan daripada Allah dalam bentuk perintah dan larangan yang dibawa oleh rasul-rasul Allah dalam bentuk wahyu ini terdiri daripada Islam, Kristian dan Yahudi. 
Ketiga-tiga agama ini diturunkan dari langit dan penganut mereka percaya bahawa Tuhan itu pencipta alam, percaya kepada rasul-rasul dan kitab-kitab Allah. Perbezaan antara penganut agama ini adalah dalam perkara yang berkait dengan konsep bentuk Tuhan, rasul terakhir, kitab Allah yang tulen dan tentang persoalan kitab Allah yang paling sempurna. 





Ringkasan mengenai Agama Ciptaan Manusia.


2.Agama Ciptaan Manusia.
Agama ciptaan manusia atau agama duniawi ialah agama yang datang daripada diri manusia. Agama duniawi juga dikenali sebagai agama alam atau agama budaya kerana agama itu lahir dalam kebudayaan, dibentuk oleh falsafah masyarakat dan dirumuskan oleh ahli fikir masyarakat. Agama itu terdiri daripada gagasan dasar dan peraturan umum yang ditetapkan oleh beberapa kumpulan yang berpengaruh supaya mereka dapat mematuhinya. Agama berkenaan tidak bersandarkan wahyu dan ajaran-ajaran rasul, sebaliknya berbentuk pengajaran dan kaedah-kaedah umum. Agama ini lahir daripada usaha-usaha manusia mencari tuhan dengan akal fikiran. Agama yang tumbuh melalui cara ini merupakan hasil pemikiran dan pengalaman mereka dan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya.Terdapat pelbagai agama ciptaan manusia yang wujud di dunia sekarang. Antara sifat agama ini ialah kitab sucinya berdasarkan ilham pengasasnya. Terdapat agama dalam kelompok ini yang merupakan gabungan sesetengah unsur agama ciptaan Tuhan dengan tambahan dan pindaan daripada fikiran ahli agama. Agama ini berubah mengikut perubahan penganutnya. 
Sebahagian agama dalam kategori ini percaya kepada penjelmaan tuhan atau tuhan-tuhan dalam tubuh manusia. Terdapat juga yang mempercayai bahawa tuhan menghendaki korban jamuan dan upacara pemujaan, wujud orang suci sebagai wakil tuhan atau selaku perantara yang dapat berhubung dengan tuhan atau tuhan-tuhan. Selain itu, pengamal agama berkenaan juga memuja roh datuk nenek moyang atau roh orang tertentu. 
Terdapat juga penyembahan cakerawala seperti matahari dan bulan, adanya simbol seperti berhala, gambaran dan panji-panji. Selain itu, terdapat ajaran atau upacara penyeksaan diri dan pengharaman daripada nikmat hidup tertentu. Tujuannya adalah untuk mencapai kesucian diri dan restu Tuhan. Agama ciptaan manusia ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat primitif, mundur dan terpencil. 




2 comments: