Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday 13 March 2016

PENGENALAN

                           

    Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja membantu manusia untuk mengenal Tuhan, tetapi juga memberi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat Orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme. Mereka yang bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik. 

    Tiada satu negara memiliki bentuk dan struktur perlembagaan yang sama. Di dunia ini terdapat pelabagai bentuk dan struktur perlembagaan. Perkara ini berlaku kerana perlembagaan sesebuah negara adalah hasil perjalanan sejarah sosial setempat hasil interaksi dengan proses migrasi dan globalisasi. Pelembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasionalisme Melayu dan bumiputera serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama mereka dan dengan Sultan negeri-negeri dan British. Perlembagaan Malaya dan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan dalam kalangan Melayu dan bumiputera, Orang asli dan juga etnik-etnik lain. Perlembagaannya bersifat mengurus etnonasionalisme anak watan dan keperluan masyarakat pelbagai etnik yang sivil. Pengalaman permerintahan persekutuan di Negeri Sembilan dijadikan asas untuk membina negara moden Malaya dan Malaysia. Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undangtubuh setiap negeri.



AGAMA
KEPERCAYAAN
        Hubungan Antara manusia dengan sesuatu  kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberi perlindungan.
         Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya  terhadap sesuatu perkara misalnya :
·         Amalan adat.
·         Pantang larang.
        Hubungan suci.
         Tiada konsep dosa dan pahala.
        Sistem keyakinan yang dianuti dan diamalkan.
       Amalan yang diwarisi dari turun termurun.

0 comments:

Post a Comment